Page 65 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 65

Kisah ini menceritakan Siva, seorang pelajar
               cemerlang yang pada satu hari, terlupa untuk


               membawa bukunya ke sekolah. Sebelum
               gurunya, Cikgu Michael merotannya, kawan Siva

               merangkap jirannya, Murugan menyatakan

               bahawa mustahil bahawa Siva tidak membawa

               buku. Cikgu Michael mula mencari buku Siva dan

               menjumpainya di belakang almarinya. Namun,

               buku itu tidak bertulis apa-ap didalamnya,

               menyebabkan Cikgu Michael menjadi pelik.

               Apabila seorang pelajar, Muthu, cuba keluar

               daripada kelas, Cikgu Michael memanggilnya

               untuk memeriksa buku. Muthu mula berasa takut

               dan berpeluh-peluh. Mereka mendapati bahawa

               itu merupakan buku Siva yang hilang tadi,

               namun nama di hadapannya telah ditukarkan

               menjadi Muthu. Sebelum Cikgu Michael sempat

               menghukum Muthu, Siva menghalangnya dan

               berkata bahawa hukuman yang paling besar

               adalah memaafkan kesalahan seseorang. Sejak

               itu, Muthu mula menjadi baik dan berkawan baik

               dengan Siva.
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70