Page 8 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 8

KATA ALU-ALUAN


               PEGAWAI PENDIDIKAN

               JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR



               Bismillahirrahmanirrahim.
               Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

               Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan
               sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada kali ini.

               Setinggi-tinggi taniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah
               SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA kerana berjaya
               menerbitkan majalah bagi tahun 2020.

               Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha murni yang harus dicontohi kerana dapat
               merakamkan segala peristiwa dan pencapaian sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah ini
               juga akan menjadi sumber rujukan dan kenangan sepanjang hayat buat semua warga sekolah.

               Tahun 2020 merupakan tahun persekolahan yang paling mencabar buat kita semua. Ancaman
               COVID-19 menyebabkan sesi persekolahan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ketika
               menghadapi cabaran dan masalah ini, kita sebagai warga pendidik janganlah mudah berputus
               asa, sebaliknya kita perlu memiliki kesabaran, kekuatan akidah dan iltizam yang tinggi bagi
               memastikan tanggungjawab kita dapat dilaksanakan. Inilah benteng utama yang perlu
               dibudayakan dan ditanam dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik. Semoga usaha bakti yang
               kita sumbangkan selama ini diberkati olah Allah S.W.T.

               Harapan saya agar kita semua sama-sama bergerak seiring dalam menangani apa jua cabaran
               dan halangan dalam usaha membentuk kemenjadian anak murid yang mampu mendepani
               segala cabaran pada masa hadapan. Akhir kata, saya mewakili Jabatan Pendidikan Negeri
               Selangor mendoakan agar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA terus
               menggapai kegemilangan dan merealisasikan slogan JPN Selanor Terbilang

               Selamat Maju Jaya.



               HAJI IZMI BIN HAJI ISMAIL, A.M.P., P.J.K
               PENGARAH PENDIDIKAN
               JABATAN PENDIDKAN NEGERI SELANGOR
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13