Page 9 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 9
KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH HULU SELANGOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan inayah-Nya,
saya diberi kesempatan menitipkan kata alu-aluan untuk e-Majalah Sebesta bagi
tahun 2020.
Ucapan syabas dan taniah kepada Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi lantaran
terlaksananya penebitan majalah sekolah walaupun dalam suasana pandemik
COVID-19 yang menuntut warga sekolah mematuhi peraturan norma baharu.
Kejayaan ini merupakan legasi tradisi sekolah yang signifikan di mana melaluinya
kita dapat merakamkan pelbagai memori sukaduka dan pahit manis warga sekolah sepanjang tahun.
Saya penuh yakin keutuhan semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi
yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun sahsiah.
Kecermelangan yang telah dicapai oleh SMK Bukit Sentosa dalam semua bidang perlu diperkasakan agar
visi yang dijana mampu direalisasikan secara holistik tanpa sebarang keraguan. Visi ini akan terlaksana
sekiranya ada usaha penyatuan hati segenap lapisan dalam menggarap kejituan matlamat bersandarkan
kegigihan dalam solidariti di kalangan warga sekolah. Saya berasa bangga dengan peningkatan
pencapaian semasa sekolah dan berharap agar momentum itu diteruskan demi kecemerlangan di masa
hadapan.
Sekolah adalah satu institusi ampuh dalam membentuk modal insan cemerlang dan berketerampilan
kreativiti, inovasi dan potensi murid serta warga sekolah hendaklah sentiasa dijana agar kecemerlagan
dalam semua bidang tercapai. Kemenjadian murid yang unggul berdasarkan kompentesi individu dan
bersahsiah mulia berupaya melahirkan modal insan berpekerti mulia yang bersifat holistik.
Akhir kata, saya yakin dan percaya warga SMK Bukit Sentosa akan terus berjuang bersungguh-sungguh
untuk melahirkan pelajar yang berpendidikan, kukuh jati diri, berakhlak tinggi dan bersemangat kental
demi memastikan SMK Bukit Sentosa berada pada tahap cemerlang.
Sekian, terima kasih.
‘SEHATI MENGUNGGULI PRESTASI’
ROZLINA BINTI ABDUL GHANI
PENGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR

