Page 2 - PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2019
P. 2

KERTAS  KERJA  CADANGAN  BAGI  PROGRAM  PERKHEMAHAN  BERSEPADU
               UNIT BERUNIFORM DAN KEM KEPEMIMPINAN SK SIMPANG TIGA 2019

               1.0  PENGENALAN

                    Perkhemahan unit beruniform  dan kem  kepemimpinan  adalah salah satu daripada aktiviti
                    pendidikan  luar  yang  kali  dianjurkan  oleh  pihak  sekolah   dalam  usaha  menangani  segala
                    bentuk masalah sosial  yang semakin menjadi di negara kita dewasa ini.  Dengan adanya,
                    aktiviti  sebegini  dapatlah  kita  mendidik  murid-murid  kita  supaya  menjadi  insan  yang
                    mempunyai keyakinan diri dalam setiap perkara.
                    Pada  tahun  ini,  pihak  Sekolah  Kebangsaan  Simpang  Tiga  telah  merangka  sebuah  kertas
                    kerja  bagi  melaksana  Aktiviti  Perkhemahan  Bersepadu  unit  berunifrm  dan  kem
                    kepemimpinan tahun 2019. Dengan adanya kerjasama dari setiap unit beruniform dan unit
                    pengawas  di  sekolah  ini,  diharapkan  program  ini  dapat  dijayakan  dengan  cemerlang  dan
                    tercapai objektifnya.

               2.0  NAMA PROGRAM

                    Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Kem Kepemimpinan Tahun 2019, SK Simpang
                    Tiga, Padang Hang, Alor Setar, Kedah.

               3.0  MATLAMAT

                    Antara matlamat program ini adalah
                    i.  Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-
                    sama rakan dan jurulatih.
                    ii.  Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
                    iii. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
                    iv.  Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

               4.0  Objektif

                    Pada akhir program ini,  para peserta akan dapat:
                    i.   Melahirkan rasa syukur dengan alam kurniaan tuhan yang Maha Esa.
                    ii.  Merasai suasana bermalam di dalam khemah.
                    iii. Berdikari semasa melakukan kerja individu seperti mengemas khemah, mencuci kasut
                    dan mengurus diri sendiri.
                    iv. Menyatakan rasa seronok semasa melakukan aktiviti seperti mengembara di dalam hutan
                    di sekitar mereka dsbnya.
   1   2   3   4   5   6   7