Page 7 - PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2019
P. 7

13.0 TENTATIF PROGRAM

                    13.1  JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI


                         13.1.1 Mendirikan khemah
                         Bagi aktiviti ini , taklimat cara-cara mendirikan khemah akan dilakukan bagi
                         memudahkan pelajar menjalankan aktiviti mendirikan khemah mengikut kumpulan.
                         Aktiviti ini menjadi aktiviti yang pertama dalam tentatif program ini bagi
                         mendedahkan pelajar cara-cara mendirikan khemah dengan betul di samping
                         menerapkan nilai bekerjasama antara kumpulan pelajar dalam program ini.

                         13.1.4  Aktiviti riadah (mencari harta karun)
                         Merupakan aktiviti pendedahan untuk semua pelajar.   Aktiviti ini merupakan aktiviti
                         riadah bagi menajamkan daya pemikiran pelajar serta bagi meguji semangat
                         bekerjasama diantara setiap peserta pelajar.

                         13.1.5  Aktiviti malam kebudayaan dan unggun api
                         Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam di padang.  Dalam aktiviti ini, pelajar
                         didedahkan oleh jurulatih lagu kanak-kanak serta upacara unggun api yang biasa
                         dilakukan dalam setiap aktiviti perkhemahan kanak-kanak.

                         13.1.6 Jungle tracking
                         Aktivti dilakukan bagi mendedahkan rahsia alam yang tersembunyi di persekitaran
                         pelajar.  Di samping menguji tahap kecerdasan mental dan fizikal pelajar.

               14.0 PENUTUP

               Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan melahirkan
               insan yang mempunyai jiwa yang kental , bersih dan bersemangat.  Mempunyai jati diri dan sifat
               ingin berdikari.
               Pihak jawatankuasa telah sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan program
               ini.  Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah
               disusunatur oleh pihak penganjur.


               Disediakan oleh,                                                                    Disahkan oleh,

               ................................................................                             .........................................
               (EN. MOHD ZULHAIZIE BIN YAHYA)                              (EN. ZAMRI BIN SAAD)
               PK Kokurikulum SK Simpang Tiga                                        Guru Besar SK Simpang Tiga
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12