Page 105 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 105
Manual Pengurusan SMKSPK 2021
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN
TUGAS AM
Waktu Bertugas Sesi Pagi : 7.10 PAGI – 2.10 PETANG
Guru-guru yang bertugas pada hari tersebut hendaklah datang sebelum pukul 7.10 pagi
untuk memantau murid-murid yang masuk ke sekolah pada waktu pagi. Sila beri perhatian
terhadap perkara-perkara berikut:
a) Pakaian seragam murid lengkap dan kemas
b) Buat rondaan di kawasan blok kelas, tandas murid, bengkel, makmal dan kantin
c) Dari semasa ke semasa lakukan pemeriksaan mengejut terhadap beg sekolah murid
d) Mengamalkan konsep sekolah penyayang-mengalu-alukan kehadiran murid dengan
ucapan dan perbuatan.
1. Perhimpunan Pagi / Tazkiyyatunnafs :
a) Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan. Tindakan segera perlu
diambil jika murid ponteng perhimpunan-Maklumkan Guru Kelas/Guru Disiplin/PK HEM
dan ibu bapa murid.
b) Memastikan murid beratur dengan kemas mengikut kelas
c) Memastikan bendera-bendera dan pembesar suara telah disediakan
d) Memastikan tempat duduk guru disediakan pada hari Ahad untuk Perhimpunan
Mingguan.
2. Waktu Rehat :
a) Mengawasi disiplin murid dengan membuat rondaan di kawasan sekolah termasuk
tandas murid, bengkel, makmal, kantin dan kelas
b) Memastikan murid beratur dengan kemas masuk kelas dan menepati waktu selepas
tamat waktu rehat.
3. Waktu Pulang :
a) Mengawasi murid pulang
b) Memastikan murid menepati waktu semasa keluar kelas iaitu selepas loceng berbunyi
c) Memastikan keselamatan murid pulang dengan membuat rondaan di pintu pagar utama
sekolah
d) Mengamalkan konsep sekolah penyayang
100
Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021

