Page 106 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 106

Manual Pengurusan SMKSPK 2021










                                 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL

                                         08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN


                                    TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN TUGAS KHUSUS

                         Guru                                        Tugasan
                       Bertugas
                     Guru            1. Menjadi Ketua Guru Bertugas Mingguan / harian.
                     Pertama         2. Ketua pengelola perhimpunan mingguan / harian.
                                     3. Memastikan murid beratur dengan kemas.
                                     4. Berucap dalam perhimpunan mingguan(laporan guru bertugas)
                                     5. Memastikan tiada murid berada di kelas pada waktu rehat.
                                     6. Mengawasi dan memantau kebersihan kawasan sekolah.
                                     7. Memastikan pengawas bertugas menyimpan kerusi dan meja selepas
                                     selesai perhimpunan.
                     Guru Kedua      1. Menulis laporan perhimpunan dan laporan harian dalam buku laporan.
                                     2. Mencatat peristiwa sekolah dalam buku laporan harian guru bertugas
                                     sekolah.
                                     3. Mengawasi kebersihan sekolah.
                                     4. Membantu mengelola / mengurus perhimpunan mingguan dan harian.
                                     5. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah / aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
                                     sekolah sepanjang minggu / hari dan melaporkan kepada Pengetua
                                     untuk diambil tindakan segera jika perlu.

                     Guru Ketiga     1. Berada di pintu pagar utama sekolah pada awal waktu persekolahan
                                     dan pada akhir waktu persekolahan untuk memantau dan mengawasi
                                     murid keluar dan masuk.
                                     2. Merekodkan nama-nama murid yang melanggar peraturan sekolah
                                     khususnya para murid yang lewat dan tidak memakai uniform sekolah
                                     yang lengkap.
                                     3. Memastikan semua murid berada di tapak perhimpunan semasa
                                     perhimpunan.
                     Guru            1. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke
                     Keempat         hospital / ke rumah jika perlu.
                                     2. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama
                                     murid yang memohon.
                                     3. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
                                     4. memastikan tiada murid berada di kelas pada waktiu rehat.
                     Guru Kelima     1. Memantau dan mengawal para murid di kantin pada waktu rehat.
                                     2. Memastikan para murid tidak ke kantin pada waktu selain waktu rehat
                                     3. Mengawasi kebersihan makanan di kantin dan kebersihan di kawasan
                                     kantin.
                                     4. Menguruskan murid-murid yang sakit dan mengambil tindakan
                                     sewajarnya.

                                                                    101
                     Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111