Page 169 - Geografi Tingkatan 1
P. 169

PEMILIHAN ISU ATAU TAJUK
                  14.1






                 Pemilihan isu atau tajuk kajian lapangan merangkumi topik-topik yang telah anda
                 pelajari dalam mata pelajaran Geografi Tingkatan 1. Anda boleh memilih tajuk yang
                 bersesuaian mengikut kemampuan dengan bimbingan guru. Isu semasa berkaitan
                 topik yang telah anda pelajari amat sesuai dijadikan tajuk kajian lapangan. Rajah 14.1
                 menerangkan perkara yang perlu difikirkan dalam memilih isu atau tajuk yang sesuai.



                   1                                                          2
                    Apakah masalah                                               Sesuaikan dengan
                    yang wujud?                                                  topik yang dipelajari.




                   4                                                           3
                    Impak dan kesan                                             Tentukan lokasi dan
                    daripada kajian.                                            ruang yang terlibat.


                 Rajah 14.1 Kaedah dalam memilih tajuk



                                   PENENTUAN OBJEKTIF
                  14.2






                 Objektif  kajian  adalah  untuk  menerangkan  tujuan  anda  melakukan  kajian.  Kajian
                 lapangan  yang  dilaksanakan  perlu  ditentukan  objektifnya  bagi  memastikan  anda
                 mampu  menghasilkan  kajian  yang  relevan.  Objektif  sesuatu  kajian  lapangan  perlu
                 didahului oleh kata kerja. Rajah 14.2 menunjukkan kata kerja yang sesuai digunakan
                 dalam menyatakan objektif kajian lapangan.


                                                   Objektif Kajian



                1                               2                                3
                    Mengenal pasti...                  Mengkaji...                 Mencadangkan...


                 Rajah 14.2 Pemilihan kata kerja



                  15
                  1588
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174