Page 171 - Geografi Tingkatan 1
P. 171

CARA MEREKOD, MENGUMPUL DAN
                 14.4             MENGANALISIS DATA ATAU MAKLUMAT





               Setelah memperoleh maklumat melalui pelbagai kaedah, anda perlu membuat analisis
               data dan maklumat tersebut. Analisis perlu dilakukan bagi memastikan data yang
               anda peroleh dapat disusun mengikut kriteria yang anda inginkan.

                     Biasanya  setelah  data  dan  maklumat  direkodkan,  semua  data  tersebut  akan
               disusun  dalam  bentuk  jadual.  Jadual  14.1  menunjukkan  bentuk  jadual  yang  selalu
               digunakan dalam kajian lapangan.

                                   Punca Pencemaran Mengikut Bilangan Responden

                      Bil      Punca Pencemaran                       Bilangan Responden
                       1       Kawasan kilang                                     10

                       2       Pembuangan sampah                                  8
                       3       Aktiviti perniagaan                                6
                       4       Kegiatan pertanian                                 4

                  Jadual 14.1 Contoh jadual dalam kajian lapangan


                     Murid juga boleh melampirkan bukti bergambar hasil pemerhatian dan borang soal
               selidik yang dijalankan. Gambar-gambar yang disertakan dapat menyokong kajian murid
               seterusnya menjadikan kajian lapangan tersebut berkualiti.





























               Pembuangan sisa domestik



                  16
                  1600
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176