Page 43 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 DAN KE-42
P. 43
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-42 {2021}
Yang Dipertua PIBG SMK Perempuan Methodist Klang
Salam sejahtera dan Salam Sayangi Negaraku,
Pertama sekali, saya bersyukur kerana sekali lagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Perempuan
Methodist Klang telah diberi mandat untuk mengadakan Mesyuarat Agung kali ke- 41 dan ke-42.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan pendidik dan ibu bapa yang
sentiasa menyokong segala progam PIBG sepanjang tahun 2019 dan 2020. Semenjak saya menjadi keluarga PIBG
sekolah ini, kejayaan demi kejayaan dilakar oleh anak-anak kita, sama ada dalam bidang akademik mahupun
dalam bidang kokurikulum. Justeru, PIBG tidak mahu ketinggalan, malah sentiasa memberikan sumbangan agar
sama-sama menggalas tugas selaras dengan Sarana Ibu bapa seperti yang diwartakan dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM). Dalam konteks ini, ibu bapa dan guru-guru sentiasa mengatur
langkah sederap dan seirama , demi memastikan hasrat melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan
terbilang dapat direalisasikan.
Kita sedia maklum bahawa PIBG dan sekolah saling membantu ibarat aur dengan tebing, saling
menyokong dan membantu antara satu sama lain. Pelbagai program bagi meningkatkan pencapaian pelajar
seperti Program Sukses, Perkampungan Ilmu serta bengkel kecemerlangan telah di adakan. PIBG turut
menyumbang pengimbas suhu untuk kegunaan warga sekolah selain pembelian meja di bilik rawatan. Aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak sekolah memerlukan kerjasama yang baik daripada ibu bapa. Ibu bapa juga harus
melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG demi kemaslahatan bersama.
Marcapada, pembelajaran mengikut normal baharu pada era pandemik turut memerlukan penglibatan
ibu bapa secara tidak langsung. Ibu bapa berperanan menyediakan prasarana yang kondusif dan sesuai di rumah
agar anak-anak dapat mengikuti pembelajaran di rumah dengan selesa. Pemantauan daripada ibu bapa juga perlu
bagi memastikan anak-anak mengikuti kelas dan menyiapkan tugasan yang ditetapkan agar tidak ketinggalan
dalam pembelajaran. Komitmen yang yang berterusan daripada ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak
sangat dihargai bagi menghasilkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik dan seterusnya dapat meneruskan
pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.
Sebelum melabuhkan tirai bicara, pada kesempatan ini, saya mewakili ibu bapa ingin mengucapkan terima
kasih kepada semua warga pendidik sekolah ini. Saya sedia maklum bahawa guru-guru sekolah ini amat
berdedikasi sehingga sanggup mengadakan kelas tambahan dan kelas di luar jadual untuk membantu para pelajar
menguasai kemahiran dalam pelajaran mereka. Pengorbanan guru-guru bagi memastikan kejayaan anak-anak
amat kami hargai dan berharap mereka akan terus tabah dalam perjuangan mendidik anak-anak bangsa.
Akhir kata, saya juga memohon kemaafan sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan saya menjadi YDP
PIBG, terdapat keterlanjuran kata dan tingkah laku yang menyinggung hati. Selamat bermesyuarat dan memilih
ahi jawatan kuasa yang berwibawa demi meneruskan tradisi kecemerlangan PIBG sekolah ini.
Sekian. Terima kasih,
Dr. Komathi a/p Balusamy Radia
YDP PIBG SMK Perempuan Methodist Klang
43

