Page 48 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 DAN KE-42
P. 48

Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar. Penularan wabak COVID-19 telah memberi impak
            yang besar kepada bidang pendidikan di Malaysia. Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

            sebagai langkah memerangi wabak ini berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020, semua institusi pendidikan seluruh
            negara  telah  ditutup.  Pelbagai  aktiviti  yang  telah  dirancang  oleh  PIBG  sepanjang  tahun  2020  terpaksa

            ditangguhkan atau dilaksanakan dalam suasana norma baharu. Namun begitu PIBG masih terus menyumbangkan
            dana dalam bidang kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum serta pembangunan sekolah demi pembangunan

            modal insan berminda kelas pertama.


             1.   Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu bapa dan guru (MAT PIBG)
                  Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi tahun 2020 yang dijadualkan pada 28 Mac 2020 terpaksa ditangguhkan

                  berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.


             2.   Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (Pencapaian 2019)

                  Kepatuhan terhadap garis panduan keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan
                  norma  baharu  dengan  sentiasa  mengutamakan  keselamatan  dan  kesihatan  semua  murid  sekolah  telah
                  mencetuskan idea kepada barisan pentadbir SMK Perempuan Methodist Klang dengan kerjasama PIBG untuk

                  melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan (pencapaian 2019) dalam suasana yang baharu. Pada 15 Ogos

                  2020 telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Norma Baharu secara pandu lalu bagi penerima
                  anugerah SPM 2019. Sementara untuk murid-murid cemerlang Tingkatan 1 - Tingkatan 4 bagi tahun 2019

                  majlis tersebut telah diadakan pada 17 Ogos 2020 dan 18 Ogos 2020. Pada hari tersebut satu lagi sejarah
                  tercatat dalam sejarah SMK Perempuan Methodist Klang di mana para penerima anugerah kecemerlangan

                  menerima sijil kecemerlangan dalam situasi norma baharu. Semua warga MGS Klang sentiasa berwaspada
                  dan mematuhi arahan serta nasihat MKN, KKM dan pihak berkuasa tempatan sebagai satu kebiasaan baharu.


             3.   Majlis  Persaraan

                  PIBG sentiasa menghargai jasa guru-guru yang telah menamatkan perkhidmatan dalam bidang pendidikan.
                  Pada tahun 2020, Puan Hajah Norazan binti Abdul Rahman (Penolong Kanan Kokurikulum) bersara pada 28

                  Februari.








                                                                                                           48
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53