Page 7 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 DAN KE-42
P. 7

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-41 {2020}




                                        Pengetua SMK Perempuan Methodist Klang



            Salam sejahtera,

                   Bersyukur kita kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 dan ke-42 Sekolah Menengah
            Kebangsaan Perempuan Methodist Klang pada tahun ini.  Kehadiran tuan puan amat dihargai serta besar ertinya
            sebagai tanda sokongan dan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah ini untuk mencapai
            kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

                   Peranan  dan  tanggungjawab  PIBG  amat  penting  terutama  dalam  bidang  akademik  dan  kokurikulum
            murid. Saya yakin dan percaya bahawa kemajuan sesebuah sekolah terletak atas kekuatan dan peranan PIBG.
            Justeru, sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program sekolah. Gandingan PIBG dan
            pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan murid-
            murid.

                   Marilah kita sama-sama mendidik, membimbing dan memimpin anak-anak dengan langkah yang sentiasa
            seiring dalam mengejar arus perkembangan dunia pendidikan terutamanya pada era pandemik ini. Justeru, ahli
            PIBG  perlu  bergerak  sederap  untuk  melakar  impian  mencipta  kecemerlangan  dalam  bidang  akademik,
            kokurikulum, sukan, permainan dan pembentukan sahsiah murid.
                   Selain membantu pihak sekolah dalam PdPR dengan menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan
            sesuai supaya anak-anak lebih fokus semasa sesi pembelajaran berlangsung, ibu bapa juga berperanan mendidik
            anak-anak supaya memahami dan mematuhi Prosedur  Operasi Standard (SOP) yang telah dimuktamadkan oleh
            pihak kerajaan dan pihak sekolah. Kerjasama daripada ibu bapa amat penting bagi memastikan pembelajaran
            anak-anak terus berlaku walaupun pada era pandemik ini. Tidak dapat dinafikan, segala perubahan yang berlaku
            harus  kita  terima  dengan  hati  terbuka  dan  berlapang  dada    kerana  sudah  menjadi  hasrat  negara  kita  untuk
            memacu sistem pendidikan kita ke tahap yang lebih tinggi.

                   Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YDP PIBG, Dr. Komathi a/p
            Balusamy Radia, Penasihat PIBG sebelum ini, Puan Hajah Fauziah binti Md Kassim  dan barisan AJK PIBG yang telah
            berusaha sebaiknya menggerakkan persatuan ini dengan memberikan khidmat dan bantuan dalam menjayakan
            pelbagai program yang telah dirancang.  Jutaan terima kasih juga kepada semua ahli PIBG atas segala sokongan
            dan  kerjasama  yang  diberikan.  Saya  amat  berharap  agar  kerjasama  yang  erat  ini  akan  berterusan  demi
            kemaslahatan kita bersama.

            Sekian, terima kasih.




            Sangeetajit Kaur a/p Jag Singh
            Penasihat PIBG
            SMK Perempuan Methodist Klang




                                                                                                              7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12