Page 8 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 DAN KE-42
P. 8

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-41 {2020}




                                          Yang Dipertua PIBG SMK Perempuan Methodist Klang

            Salam sejahtera dan Salam Sayangi Negaraku,

                   Pertama sekali, saya bersyukur kerana sekali lagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Perempuan
            Methodist Klang telah diberi mandat untuk mengadakan Mesyuarat Agung kali ke- 41 dan ke-42.

                   Terlebih  dahulu,  saya  ingin  mengucapkan  terima  kasih  kepada  barisan  pendidik  dan  ibu  bapa  yang
            sentiasa menyokong segala progam PIBG sepanjang tahun 2019 dan 2020.  Semenjak saya menjadi keluarga PIBG
            sekolah ini, kejayaan demi kejayaan dilakar oleh anak-anak kita, sama ada dalam bidang akademik mahupun
            dalam bidang kokurikulum.  Justeru, PIBG tidak mahu ketinggalan, malah sentiasa memberikan sumbangan agar
            sama-sama  menggalas  tugas  selaras  dengan  Sarana  Ibu  bapa  seperti  yang  diwartakan  dalam  Pelan  Induk
            Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PIPPM).    Dalam  konteks  ini,  ibu  bapa  dan  guru-guru  sentiasa  mengatur
            langkah  sederap  dan  seirama  ,  demi  memastikan  hasrat  melahirkan  pelajar     yang  cemerlang,  gemilang  dan
            terbilang dapat direalisasikan.

                   Kita  sedia  maklum  bahawa  PIBG  dan  sekolah  saling  membantu  ibarat  aur  dengan  tebing,  saling
            menyokong  dan  membantu  antara  satu  sama  lain.  Pelbagai  program  bagi  meningkatkan  pencapaian  pelajar
            seperti  Program  Sukses,  Perkampungan  Ilmu  serta  bengkel  kecemerlangan  telah  di  adakan.    PIBG  turut
            menyumbang pengimbas suhu untuk kegunaan warga sekolah selain pembelian meja di bilik rawatan. Aktiviti
            yang dianjurkan oleh pihak sekolah memerlukan kerjasama yang baik daripada ibu bapa.  Ibu bapa juga harus
            melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG demi kemaslahatan bersama.

                   Marcapada, pembelajaran mengikut normal baharu pada era pandemik turut memerlukan penglibatan
            ibu bapa secara tidak langsung.  Ibu bapa berperanan menyediakan prasarana yang kondusif dan sesuai di rumah
            agar anak-anak dapat mengikuti pembelajaran di rumah dengan selesa.  Pemantauan daripada ibu bapa juga perlu
            bagi memastikan anak-anak mengikuti kelas dan menyiapkan tugasan yang ditetapkan agar tidak ketinggalan
            dalam pembelajaran.  Komitmen yang yang berterusan daripada ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak
            sangat dihargai bagi menghasilkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik dan seterusnya dapat meneruskan
            pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.

                   Sebelum melabuhkan tirai bicara, pada kesempatan ini, saya mewakili ibu bapa ingin mengucapkan terima
            kasih  kepada  semua  warga  pendidik  sekolah  ini.    Saya  sedia  maklum  bahawa  guru-guru  sekolah  ini  amat
            berdedikasi sehingga sanggup mengadakan kelas tambahan dan kelas di luar jadual untuk membantu para pelajar
            menguasai kemahiran dalam pelajaran mereka.  Pengorbanan guru-guru bagi memastikan kejayaan anak-anak
            amat kami hargai dan berharap mereka akan terus tabah dalam perjuangan mendidik anak-anak bangsa.

                   Akhir kata, saya juga memohon kemaafan sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan saya menjadi YDP
            PIBG, terdapat keterlanjuran kata dan tingkah laku yang menyinggung hati.  Selamat bermesyuarat dan memilih
            ahi jawatan kuasa yang berwibawa demi meneruskan tradisi kecemerlangan PIBG sekolah ini.

            Sekian.  Terima kasih,


            Dr. Komathi a/p Balusamy Radia
            YDP PIBG SMK Perempuan Methodist Klang




                                                                                                              8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13