Page 5 - Pertandingan Buku Skrap BM
P. 5
Kota Belanda Pulau Pangkor Perak
Penerangan :
Kota Belanda atau nama asalnya Kubu Dinding merupakan
tempat penyimpanan bijih timah yang dibina oleh Belanda
pada tahun 1670. Pada tahun 1749, Belanda membina semula
kota ini untuk menempatkan 60 orang askar pengawal mereka.
Kota Belanda pernah diserang orang melayu kerana
ketidakpuashatian mereka terhadap Belanda. Selepas tahun
1749, Kota Belanda tidak lagi digunakan kerana Belanda telah
fokus dengan perdagangan rempah ratus di Indonesia. Pada
tahun 1973, Jabatan Muzium telah membina semula kota ini
dan telah mewartakan sebagai monumen lama dan tapak
bersejarah. Kini, Kota Belanda telah menjadi pusat pelancongan
para pelancong dan kawasan di sekitarnya telah dijadikan
sebagai kampung nelayan.

