Page 9 - Pertandingan Buku Skrap BM
P. 9
Gasing merupakan sejenis permainan yang
boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang
pada satu titik. Gasing merupakan permainan
GASING tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi.
Biasanya dimainkan selepas musim menuai.
Permainan gasing dipertandingkan antara
kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh
masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru,
kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang.
Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis
sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok
bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada
tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung
kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1
meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk
melicinkan pergerakan gasing.

