Page 3 - perpaduan_integrasi_nasional_Neat
P. 3

Perpaduan Dan
           Integrasi Nasional


           Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang
           berkait rapat dan digunakan   bersilih-ganti.   Namun
           demikian,   perpaduan   dan   integrasi   merujuk
           kepada dua proses yang berbeza.

           Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat
           dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah,
           hidup dengan aman sebagai   satu   bangsa   yang
           bersatu   dengan   memberi   komitmen   yang   penuh
           kepada identiti   kebangsaan berlandaskan kepada
           Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

           Manakala integrasi nasional merupakan satu proses
           dinamik yang merapatkan masyarakat antara negeri
           dan wilayah bagi membentuk satu bangsa Malaysia
           yang   mempunyai   identitinya   sendiri   berteraskan
           Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
   1   2   3   4   5   6   7   8