Page 4 - perpaduan_integrasi_nasional_Neat
P. 4
Integrasi Nasional
Integrasi Nasional merupakan usaha merapatkan
hubungan masyarakat pelbagai kaum ke arah
meningkatkan semangat muhibbah dan rasa kekitaan
demi keharmonian dan kesejahteraan negara. Melalui
integrasi nasional, pemupukan dan penggalakkan
interaksi sosial yang memfokus kepada saling menerima
dan menghargai sosio-budaya antara kaum dapat
mengeratkan hubungan antara kaum.
01 Menggalakkan interaksi sosial di antara masyarakat
pelbagai kaum tinggal di negeri dan wilayah berbeza
bagi mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi
nasional.
Meningkatkan perasaan kekitaan dan semangat
02
muhibah dengan memahami adat resam, budaya
dan amalan hidup masyarakat tempatan.
Meningkatkan kefahaman dan mengikis persepsi
03 negatif antara masyarakat pelbagai kaum demi
pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional.
••••••••••••••••••••••••••••••••
4 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

