Page 10 - Buku Program Mesyuarat Agung PGPK Sesi 2022/2023
P. 10
MINIT MESYUARAT AGUNG PGPK SESI 2020/2021
Tarikh : 01.03.2020 (Ahad)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Tangkak.
Pengerusi : Pn. Fathilah binti Ani
Kehadiran (Bilangan) : 60/80 orang
Perasmi : Tn. Hj. Zakaria bin Hj Haiyun (PPD Tangkak)
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI PGPK
1.1 En. Md Jafry bin Janjam selaku Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan PGPK tahun 2019/2020 mengalu-alukan kedatangan
semua ahli. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada dan semua ahli PGPK Tangkak bagi mesyuarat pada kali ini.
1.2 Ucapan terima kasih dan penghargaan atas kehadiran Tn. Hj Zakaria bin Hj Haiyun (PPD Tangkak) bagi merasmikan
mesyuarat Agung sesi 2020/2021.
1.3 En. Md Jaffry bin Janjam memaklumkan kepada semua ahli berkaitan pencapaian PGPK sehingga dianugerahkan sebagai
Anugerah Badan Perhubungan paling aktif selama 2 tahun berturut-turut.
1.4 Beliau berharap kerjasama dan kebersamaan semua ahli dapat diteruskan.
Tindakan: Makluman
2.0 UCAPAN PERASMI (TN. HJ. ZAKARIA BIN HJ HAIYUN)
2.1 Tn. Hj Zakaria bin Hj Haiyun mengucapkan terima kasih kerana membantu urusan pembangunan pelajar pendidikan khas.
2.2 Tn. Hj Zakaria meminta semua guru-guru mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
2.3 Beliau meminta semua guru mematuhi “DRONE”.
2.4 Beliau meminta semua guru dapat membuat inovasi kepada anak-anak pendidikan khas.
Tindakan: Makluman

