Page 13 - Buku Program Mesyuarat Agung PGPK Sesi 2022/2023
P. 13
8.0 PERBAHASAN USUL
8.1 Pn. Masnoliza binti Othman
Mencadangkan Kursus Peraturan Olahraga kepada semua guru Pendidikan Khas diadakan.
Ulasan Bendahari: Pn. Masliana meminta Cikgu Hoe Wen Shan untuk berbincang dengan Majlis Sukan
Negara (MSN) untuk mengendalikan kursus tersebut.
Mencadangkan agar menyediakan buletin / majalah PGPK Johor.
Ulasan: Dengan persetujuan semua, En. Noor Effin mencadangkan e-buletin dibuat memadangkan kos
menyediakan majalah terlalu tinggi.
Mencadangkan bayaran sumbangan PGPK sebanyak RM50 bagi seorang guru dikekalkan.
Ulasan: Pn. Fathilah menjelaskan berkaitan kutipan yang dibuat sebelum ini iaitu sebanyak RM100 akan
dipecahkan kepada 3 sumbangan dimana RM50 kepada Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas (MPPK),
RM45 untuk Yuran PGPK dan RM5 disumbangkan kepada PGPK Negeri. Semua ahli bersetuju mengekalkan
bayaran sumbangan PGPK sebanyak RM50.
Tindakan: Pengerusi PGPK
8.2 En. Jafry bin Janjam
Mencadangkan agar ahli PGPK tahun ini mengadakan kursus pengendalian penyediaan makanan
bersama Jabatan Kesihatan.
Ulasan: Pn. Fathilah bersetuju dan akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa yang baru dilantik.
Tindakan: Pengerusi PGPK

