Page 3 - Buku Program Mesyuarat Agung PGPK Sesi 2022/2023
P. 3
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan Izin-Nya kita dapat mengadakan Mesyuarat
Agung Pertubuhan Guru Pendidikan Khas (PGPK) Bil. 4 bagi sesi 2022/2023 secara atas talian. Terlebih dahulu saya
mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PGPK kerana dapat meluangkan masa untuk hadir dalam majlis ini.
Kehadiran tuan puan menunjukkan bahawa tuan puan sangat komited dalam memartabatkan profesion guru Pendidikan Khas.
Mesyuarat agung yang diadakan ini merupakan satu platform untuk kita mencapai kata sepakat dalam menentukan hala tuju PGPK Daerah
Tangkak. Saya percaya mesyuarat kali ini dapat menwujudkan ruang perbincangan yang menyentuh pelbagai isu pendidikan khususnya yang
melibatkan pendidikan murid berkeperluan khas di negara ini.
Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua ahli PGPK Daerah Tangkak untuk memainkan peranan yang proaktif agar Program Pendidikan
Khas dapat diperkasakan demi kecemerlangan murid berkeperluan khas. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Ahli
Jawatankuasa PGPK Daerah Tangkak sesi 2020/2021. Bagi ahli jawatankuasa yang baru dilantik, saya berharap agar tuan puan dapat terus
memacu kecemerlangan Program Pendidikan Khas melalui persatuan ini.
Akhir kata, semoga tuan puan sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam merancang dan melaksanakan program yang dapat
meningkatkan profesionalisme guru-guru Pendidikan Khas bukan sahaja di peringkat daerah malah di peringkat negeri dan kebangsaan.
Sekian, selamat maju jaya dan selamat bermesyuarat.
Wassalamualaikum wbt.
Terima kasih.
(NORHAYATI BINTI MAHBAT)
Penasihat,
Pertubuhan Guru Pendidikan Khas,
Daerah Tangkak

