Page 4 - Buku Program Mesyuarat Agung PGPK Sesi 2022/2023
P. 4
SEMANIS KATA SEULAS BICARA
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana hari ini dapat kita laksanakan satu lagi tugas penting selaku warga
Pendidikan Khas Daerah Tangkak dengan mengadakan Mesyuarat Agung Pertubuhan Guru Pendidikan Khas (PGPK)
kali ke 4 dalam norma baharu. Kita sedar bahawa pendemik Covid 19 ini banyak mengubah landskap kehidupan kita yang telah
menjadi kebiasaan sebelum ini. Namun sejak tahun 2020 sehinggalah kini, kita masih lagi belum bebas daripada wabak ini. Justeru,
Mesyuarat Agung PGPK bagi sesi 2022/2023 telah diadakan secara “online” sebagai langkah berjaga-jaga agar kita semua terhindar
daripada wabak ini. Saya sedar mungkin medium ini agak sukar bagi semua, namun kita perlu laksanakan juga bagi memastikan aktiviti-
aktiviti peningkatan profesionalisme berkaitan program pendidikan khas di bawah PGPK Daerah Tangkak dapat diteruskan.
Di kesempatan ini, saya selaku pengerusi PGPK Daerah Tangkak sesi 2020/2021 ingin mengucapkan selamat datang kepada guru-guru
baharu termasuklah guru-guru PITO. Saya sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke warga Pendidikan Khas Daerah Tangkak.
Saya juga ingin menyeru kepada semua guru Pendidikan Khas Daerah Tangkak untuk sentiasa bersatu hati dan berganding bahu dalam
menjayakan program-program peningkatan profesionalisme khususnya berkaitan Program Pendidikan Khas. Semoga dengan
kebersamaan kita semua dalam program-program pendidikan khas yang dilaksanakan akan terus memacu kecemerlangan murid-
murid berkeperluan khas.
Akhir kata, saya dan barisan ahli jawatankuasa PGPK Daerah Tangkak sesi 2020/2021 ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas
kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh semua guru Pendidikan Khas sepanjang tempoh kami menjalankan amanah ini.
“HIDUP BERBAKTI”
Sekian, terima kasih.
(MOHD FADHLI BIN CHE MUSA)
Pengerusi,
Pertubuhan Guru Pendidikan Khas,
Daerah Tangkak

