Page 101 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 101

8.2          FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
                                 TABURAN PENDUDUK MALAYSIA



               Taburan penduduk di Malaysia yang tidak sekata dipengaruhi oleh faktor-faktor
               tertentu. Keadaan tersebut secara langsung akan mempengaruhi perkembangan dan
               pembangunan  bagi  sesuatu  kawasan.  Faktor-faktor  yang  mempengaruhi  taburan
               penduduk di Malaysia merangkumi faktor fizikal, ekonomi, sosial dan dasar kerajaan/
               governan.




                 Tanah Pamah
                 •  Kawasan tumpuan penduduk kerana sesuai untuk pelbagai
                   aktiviti ekonomi dan kawasan petempatan
                 •  Sebagai contoh, kawasan Dataran Kedah–Perlis dan Dataran
                   Kelantan merupakan kawasan pertanian
                 •  Antara kawasan tanah pamah yang menjadi bandar, ialah
                   Seremban (Negeri Sembilan), Petaling Jaya (Selangor) dan
                   Sibu (Sarawak)                                            Seremban, Negeri Sembilan

                                                1. Faktor Fizikal
                                                 1
                 Tanah Tinggi                                            Pinggir Laut dan Saliran
                 •  Kawasan ini kurang menjadi           •  Kawasan yang berpenduduk padat dan
                   tumpuan penduduk akibat                 sederhana padat
                   darjah ketersampaian                  •  Menjadi tumpuan penduduk akibat
                   yang rendah                             pengaruh kegiatan ekonomi perikanan
                 •  Kawasan kediaman juga sukar            dan pertanian
                   dibina dan memerlukan kos yang        •  Kawasan pesisir pantai dan sungai
                   tinggi kerana bentuk muka bumi          menyediakan kemudahan perhubungan
                   yang tidak rata                         yang baik seperti di Besut (Terengganu),
                 •  Kawasan berpenduduk jarang             sepanjang Sungai Rajang (Sarawak) dan
                   melibatkan kawasan banjaran             Sungai Kinabatangan (Sabah)
                   di Malaysia, contohnya Ulu            •  Terdapat juga kawasan berpenduduk
                   Tembeling (Pahang), kawasan             jarang terutama di kawasan berpaya,
                   Banjaran Kapuas Hulu (Sarawak)          contohnya sekitar Tasik Chini dan Tasik
                   dan Banjaran Tahan (Pahang)             Bera (Pahang)





                   Glosari

                 Darjah          Keadaan atau kuantiti yang menggambarkan cepatnya sesuatu lokasi dapat
                 Ketersampaian: ditujui dari lokasi lain dan dengan itu memudahkan pertemuan dan interaksi
                 Infrastruktur:    Kemudahan atau perkhidmatan asas untuk membangunkan sesuatu masyarakat



                  90
                  90
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106