Page 102 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 102

Pertanian                        Perlombongan
                   •  Kegiatan pertanian di         •  Kegiatan perlombongan
                     Dataran Kedah–Perlis,            petroleum dan gas asli di
                     Dataran Kelantan dan             Kerteh (Terengganu) dan Miri
                     Delta Rajang menjadikan          (Sarawak) menyebabkan
                     kawasan tersebut                 kawasan tersebut menjadi
                     berpenduduk padat                tumpuan penduduk
                                                1. Faktor Ekonomi                   Kerteh, Terengganu
                                                 2


                   Perikanan                               Perindustrian
                   •  Kawasan perikanan juga menjadi       •  Sektor perindustrian mampu menyediakan
                     kawasan tumpuan penduduk                peluang pekerjaan yang menggalakkan
                   •  Kawasan perikanan berpenduduk          penghijrahan penduduk
                     sederhana padat, contohnya            •  Sebagai contoh, kawasan perindustrian di
                     Semporna (Sabah), Tumpat                Bayan Lepas (Pulau Pinang), Shah Alam
                     (Kelantan) dan Kemaman                  (Selangor), Batu Berendam (Melaka) dan
                     (Terengganu)                            Nilai (Negeri Sembilan)





                                                  1. Faktor Sosial
                                                  3

                  Infrastruktur                       Pendidikan
                  •  Kawasan yang mempunyai           •  Kawasan yang mempunyai
                    kemudahan seperti bekalan           kemudahan pendidikan
                    air, elektrik, kemudahan            seperti pusat pengajian
                    telekomunikasi serta                tinggi menjadi pilihan
                    kemudahan pengangkutan            •  Sebagai contoh, Universiti
                    menjadi tumpuan penduduk            Pendidikan Sultan Idris     Universiti Pendidikan
                  •  Kawasan pedalaman                  (UPSI), Tanjung Malim (Perak)  Sultan Idris (UPSI),
                    berpenduduk jarang kerana           serta Universiti Teknologi   Tanjung Malim, Perak
                    tidak mempunyai kemudahan           Malaysia (UTM), Skudai
                    sosial yang lengkap                 (Johor) dan Universiti Kebangsaan
                                                        Malaysia (UKM), Bangi (Selangor)















                            Sekiranya anda diberi pilihan untuk tinggal di sesuatu kawasan, kawasan manakah yang
                  akan anda pilih? Terangkan sebab-sebab anda memilih kawasan tersebut.
                                                                                                 91
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107