Page 92 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 92

Sempadan Semula Jadi
                        •  Terdapat beberapa batang sungai di Malaysia menjadi sempadan negeri
                          dan sempadan antarabangsa.
                        •  Sebagai contoh, Sungai Bernam ialah sempadan antara negeri Perak
                          dengan negeri Selangor manakala Sungai Golok ialah sempadan
                          antarabangsa antara Malaysia dengan Thailand.





                       Sumber Protein
                       •  Sungai membekalkan sumber ikan air tawar seperti
                         ikan lampam, tilapia, patin, jelawat dan kelah.
                       •  Sebagai contoh, Sungai Kinabatangan, Sungai Beruas
                         dan Sungai Endau.

                                                                                 Ikan tilapia



                       Pengangkutan dan Perhubungan
                       •  Beberapa batang sungai di Sarawak dan Sabah dijadikan jalan
                          perhubungan antara kawasan pedalaman dan bandar.
                       •  Sebagai contoh, Sungai Rajang dapat dimudiki sehingga ke Kapit
                         di pedalaman Sarawak.





                       Rekreasi dan Pelancongan
                       •  Beberapa batang sungai di Malaysia berarus
                          deras, cetek dan jernih serta sesuai dijadikan
                          kawasan rekreasi.
                       •  Sebagai contoh, Sungai Melaka terkenal
                          dengan aktiviti rekreasi River Cruise manakala
                          Sungai Sedim, Kulim (Kedah) dan Sungai Kiulu,
                          Tamparuli (Sabah) terkenal dengan aktiviti
                          meredah jeram (water rafting).

                                                                       Aktiviti meredah jeram di Sungai Kiulu










                            Kebelakangan ini, sungai-sungai di Malaysia semakin tercemar akibat kegiatan manusia.
                  Sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap pencemaran sungai, huraikan langkah-
                  langkah untuk mengatasi masalah pencemaran sungai di persekitaran anda.
                                                                                                 81
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97