Page 93 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 93

Kepentingan Tasik




             Kegunaan Domestik                                Penjanaan Kuasa Hidroelektrik
             •  Tasik membekalkan sumber air                  •  Tasik dan sungai juga dijadikan tapak
               untuk kegunaan harian kepada                     untuk menjana kuasa hidroelektrik
               penduduk setempat.                               kerana tasik mempunyai takungan air
             •  Sebagai contoh, penduduk                        yang banyak.
               setempat di  kawasan Tasik Bera                •  Sebagai contoh, Empangan Temenggor
               (Pahang) menyalurkan air dari                    (Perak), Empangan Murum (Sarawak)
               tasik ke rumah untuk kegunaan                    dan Empangan Kenyir (Terengganu)
               harian.





             Rekreasi dan Pelancongan
             •  Tasik dijadikan sebagai tempat
               rekreasi dan pelancongan.
             •  Sebagai contoh, Tasik Chini,
               Tasik Bera, Tasik Kenyir,
               Tasik Titiwangsa dan
               Tasik Putrajaya.                                Empangan Temenggor, Perak





                                                             Sumber Protein
                                                             •  Tasik membekalkan sumber
                                                                ikan air tawar kepada penduduk
                                                                setempat. Keadaan habitat semula
                                                                jadi tasik yang masih terpelihara
                                                                membolehkan pembiakan pelbagai
                                                                jenis ikan air tawar.
              Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur                 •  Sebagai contoh, Tasik Bera kaya
                                                                dengan pelbagai spesies ikan air
                                                                tawar seperti ikan baung, haruan,
                                                                lampam dan sebarau.
                        Aktiviti




                 Bahagikan kelas anda kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan
                 teks pidato yang bertajuk ‘Kepentingan Sungai dalam Kehidupan’. Pilih seorang wakil bagi
                 setiap kumpulan untuk menyampaikan pidato tersebut. Guru akan menjadi hakim untuk
                 menentukan pemenang.



                   82
                   82
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98