Page 4 - MODUL AMPUTASI
P. 4
PENGENALAN MODUL
Pengenalan
Penghasilan modul ini merangkumi tiga aspek utama iaitu kognitif, psikomotor dan
afektif. Aspek kognitif berorientasikan pada kemampuan berfikir sehingga ke tahap
penyelesaian masalah yang menuntut para pelajar menghubung dan menggabungkan
beberapa prinsip, idea, kaedah atau prosedur yang dipelajari. Perubahan sikap
individu akan berlaku apabila dirinya dapat menguasai kemahiran kognitif pada aras
tinggi (Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R., 2001).
Aspek psikomotor pula berkaitan dengan kemahiran (skill) atau kemampuan
mengadaptasi tindakan berdasarkan kepada apa yang telah dipelajari. Penguasaan
kemahiran psikomotor ini merupakan kesinambungan daripada gabungan aspek
kognitif dan afektif yang mendorong dan membentuk kecenderungan-kecenderungan
ke atas perubahan tindakan yang relevan dengan bidang yang dikuasai.
Aspek afektif pula berkaitan dengan sikap dan nilai yang meliputi watak, perilaku
seperti perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai.
Penghasilan modul pembelajaran baharu ini diharap dapat memberi manfaat kepada
semua terutama para pelatih dengan menjadikannya sebagai salah satu sumber
pembelajaran. Dengan matlamat untuk membentuk kegiatan pembelajaran kendiri di
kalangan pelatih, penulisan modul ini diolah mengikut kesesuaian dengan tahap
kemampuan, lebih bersistematik, menarik serta jelas. Justeru itu, suasana
pembelajaran yang dibentuk akan menjadi lebih efektif dan efisien.
4

