Page 6 - MODUL AMPUTASI
P. 6

Panduan Menggunakan Modul Pembelajaran Dalam

                  Pengajaran dan Pembelajaran



                                          PERANAN PENGAJAR




                 1.  Modul Pembelajaran merupakan salah satu daripada Alat Bantuan Mengajar (ABM)
                     kepada pengajar dan pelajar

                 2.  Modul adalah bersifat dinamik dan memerlukan penambahbaikan dari semasa ke
                     semasa berdasarkan kepada perkembangan penjagaan pesakit yang di amputasi.

                 3.  Pengajar  boleh  menggunakan  kreativiti  masing-masing  semasa  merancang
                     penggunaan modul dalam P&P mengikut kesesuaian topik, kebolehan pengajar dan
                     peruntukan masa.

                 4.  Sesi P&P perlu diisi dengan aktiviti penerangan, perbincangan dan aktiviti lain bagi
                     mengukuhkan kefahaman pelajar dan bukan semata-mata membaca kandungan
                     modul.

                 5.  Pengajar berperanan sebagai seorang fasilitator. Pengajar perlu memberi panduan
                     kepada pelajar tentang bagaimana untuk melaksanakan aktiviti serta penyelesaian
                     masalah yang terdapat dalam modul ini.

                 6.  Pengajar perlu memaklumkan bahawa pelajar bertanggungjawab terhadap proses
                     pembelajaran mereka.




                                              PERANAN PELAJAR




                 1.  Pelajar perlu memahami hasil pembelajaran seperti yang telah ditetapkan.

                 2.  Pelajar perlu memahami aspek teori sebelum melaksanakan aktiviti pengukuhan.

                 3.  Pelajar perlu aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

                 4.  Pelajar perlu bersikap responsf terhadap sebarang tugasan yang diberikan.

                 5.  Pelajar  digalakkan  melaksanakan  sesi  refleksi  sebagai  asas  menentukan  tahap
                     pencapaian mereka.





                                                             6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11