Page 171 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 171

Latar Belakang Masyarakat Arab
                      8.1
                                    Sebelum Kedatangan Islam




                  Pengenalan                                                                                   LAUT KASPIA
                  Secara  umumnya, masyarakat  Arab                                                           U
                  sebelum kedatangan Islam mempunyai                                  S.
                  petempatan dan cara hidup yang                                       Tigris  Baghdad
                  berbeza  dari  segi  pemerintahan,         LAUT MEDITERRANEAN  SYAM (SYRIA)  S.Euphrates  PARSI
                  ekonomi  dan sosial. Mereka  tinggal                               IRAQ
                  di kawasan Semenanjung Tanah Arab                                        Basra
                  yang dikelilingi  oleh padang pasir            MESIR
                  Syam di sebelah utara, Laut  Arab                           Madinah     N AJ D
                  di selatan,  Teluk Parsi di  Timur dan               S.Ni  l    HIJAZ                 Masqat
                                                                                            TELUK PARSI
                  Laut Merah di barat.  Terdapat beberapa                         Makkah
                  wilayah seperti Hijaz, Najd,  Yaman,                       LAUT MERAH  Taif        OMAN
                                                                                 SEMENANJUNG TANAH ARAB
                  Hadramaut  dan  Oman.  Di  kawasan
                  tengah  atau  wilayah  Hijaz  terdapat                            YAMAN    HADRAMAUT
                  tiga  ibu  kota  penting,  iaitu  Makkah,   Petunjuk                                 LAUT ARAB
                  Madinah  dan  Taif.  Ketiga-tiga  ibu            Padang pasir  HABSYAH
                  kota  ini  terletak  pada  kedudukan
                  yang strategik yang membolehkannya       Semenanjung Tanah Arab pada abad keenam Masihi.
                  berkembang dari segi perdagangan dan     (Sumber: Farah dan Karls, World History Human Experience,
                                                           New York: Glenceo, 1999, hlm. 280)
                  pertanian.
                                                                    Namun  begitu, selepas keruntuhan
                                                                Empangan  Maarib sekitar  tahun 300 M
                                                                berlaku kemerosotan ekonomi dalam
                                                                masyarakat Arab. Kehidupan sosial yang
                                                                lemah menyebabkan masyarakat
                                                                ketika itu tidak mewarisi ilmu dari zaman
                                                                sebelumnya. Oleh sebab itulah mereka
                                                                tidak mampu membina semula Empangan
                                                                Maarib. Pada masa itu, masyarakat Arab
                                                                mengalami zaman kegelapan yang dikenali
                                                                sebagai Zaman Jahiliah.
                                                                    Jahiliah  berasal  daripada perkataan
                                                                Arab,  jahala  yang bermaksud jahil.
                                                                Mereka tidak mempunyai  nabi dan kitab
                                                                suci sebagai petunjuk. Semasa Islam
                                                                diperkenalkan, mereka juga menolak
                  Empangan Maarib di Yaman.                     undang-undang Allah SWT dan nilai-nilai
                  (Sumber: Sami bin Abdullah Al-Maghluts, Atlas Rasulullah   Islam sebagai panduan hidup.
                  SAW, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd., 2014, hlm. 18)

                 160
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176