Page 175 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 175
Hamba juga dipandang hina dan mempunyai status terendah dalam kalangan
masyarakat.
Namun begitu, terdapat sikap yang baik dalam kalangan masyarakat Arab ketika
ini, seperti sering memuliakan tetamu, menepati janji, menghormati tuan rumah dan
menjaga kehormatan diri.
Mereka sanggup menghadapi kesukaran
dengan kegigihan. Malahan mereka sanggup
mengorbankan kepentingan diri sendiri
untuk tetamu, golongan miskin dan lemah.
Contohnya, mereka akan memasang api
di tempat tinggi bagi membantu pengembara
yang sesat. Apabila seseorang itu
meminta bantuan sesuatu kaum, maka
menjadi tanggungjawab kaum tersebut
melindunginya.
Sebilangan kecil masyarakat Arab ketika
itu tahu bersyair, bersajak dan berpidato.
Karya yang dianggap bermutu akan dibaca
dalam temasya-temasya tahunan di Pasar
Ukaz dan digantung di Kaabah.
Ilustrasi masyarakat Arab bersyair di Pasar Ukaz.
(Sumber: Ensiklopedia Islam untuk Pelajar Jilid 5,
Kuala Lumpur: Era Visi Publication Sdn. Bhd. dan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2003, hlm. 74)
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab mengamalkan pelbagai corak kehidupan. Dari
sudut politik, masyarakat Arab mempunyai sistem pemerintahan berasaskan sistem kabilah,
manakala dari sudut ekonomi, kegiatan utama mereka ialah pertanian dan perdagangan.
Dari aspek sosial pula mereka mengamalkan kepelbagaian amalan dan adat yang diwarisi
turun temurun. Zaman Jahiliah berakhir apabila tersebarnya agama Islam yang telah
memberikan kesan bukan sahaja terhadap masyarakat setempat tetapi dunia seluruhnya.
Glosari
Wahyu: firman (kalam) Allah SWT yang Apakah kesan terhadap masyarakat
dibacakan kepada Nabi dan Rasul-Nya yang kini sekiranya amalan negatif masyarakat
disampaikan oleh malaikat (Jibril). Jahiliah berterusan?
Aktiviti
Hasilkan peta minda untuk menggambarkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab
sebelum kedatangan Islam.
164

