Page 183 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 183
Pemimpin Tentera
Nabi Muhammad SAW pernah menjadi pemimpin tentera yang berjaya berdasarkan
konsep jihad. Konsep jihad ini merupakan perjuangan menegakkan agama Islam yang suci,
mempertahankan bangsa dan tanah air. Satu unsur yang sangat penting dalam jihad ialah
kesungguhan dan berdedikasi melaksanakan sesuatu usaha. Oleh sebab itu, setiap umat
Islam digesa supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu, mempertahankan
maruah diri dan kesucian agama Islam.
Dalam Islam, peperangan tidak diizinkan melainkan setelah orang Islam diancam,
demi mempertahankan agama, umat dan negara. Hal ini bagi menjaga kesucian agama
dan kesejahteraan manusia sejagat. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengetuai
siri peperangan menentang musuh Islam, seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang
Khandak. Ketika berperang, baginda menunjukkan sifat kepimpinan dan akhlak yang
mulia. Tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati dan memusnahkan tumbuhan atau
tanam-tanaman. Nabi Muhammad SAW juga mendengar pandangan orang lain dalam
mengatur strategi peperangan.
Bukit Uhud
Barisan 10,000 tentera
musuh dari Makkah
Aktiviti Bani Ahsya’ Bani Sulaim
Bani Fazarah
Bentuk kumpulan dan Quraisy
Bani Ghatafan
bincangkan soalan
di bawah: Parit
(Khandak)
1. Berdasarkan pelan
Perang Khandak Bukit Safa Barisan 3000
tentera Islam
ini, apakah strategi
yang digunakan
oleh Nabi
Muhammad SAW? Bani Quraizah
2. Bincangkan Kawasan Kebun
Kurma
pergunungan
kekuatan strategi al-Wabrah
tersebut. Pelan Perang Khandaq yang menampakkan
3. Mengapakah kebijaksanaan pihak tentera Islam dalam
Quba
perancangan mengatur strategi peperangan.
strategi perang yang Bukit
berkesan diperlukan Asir
dalam menghadapi Strategi bertahan dengan menggali parit dalam Perang Khandak.
musuh? (Sumber: Ensiklopedia Islam untuk Pelajar Jilid 3, Kuala Lumpur: Era Visi Publication Sdn. Bhd. dan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2003, hlm. 94)
172

