Page 182 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 182
Pemimpin Masyarakat
Ketika di Makkah Selepas berhijrah Baginda menyatukan kaum
sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhajirin dan Ansar. Baginda
ke Madinah, Nabi Muhammad SAW juga berusaha menjadikan
Muhammad SAW menekankan konsep Islam sebagai satu cara hidup
menekankan aspek syura atau perundingan, dengan menerapkan nilai
akhlak, akidah dan keadilan, persamaan toleransi, hormat menghormati
syariah. dan kebebasan melalui dan mengutamakan keadilan
Piagam Madinah. dalam kalangan masyarakat.
Pembangun Ekonomi
Perdagangan dan Hubungan Luar
Nabi Muhammad SAW menggalakkan hubungan perdagangan antara negara Islam
Madinah dengan kawasan lain.
Kedudukan Madinah yang terletak di laluan di antara Yaman dan Syam menjadikan
aktiviti perdagangan bertambah maju.
Pedagang dari arah selatan menjadikan jalan ini sebagai jalan utama aktiviti perdagangan.
Menggalakkan hubungan luar dengan semua negara.
Pertanian
Nabi Muhammad SAW menggalakkan masyarakat bekerja keras dan aktif dalam
perniagaan dan pertanian berasaskan prinsip ekonomi Islam, seperti bekerja bersungguh-
sungguh, mencari rezeki yang halal, larangan penindasan dan riba.
Pengurusan tanah
Nabi Muhammad SAW sendiri membangunkan ekonomi dengan menggalakkan
pembangunan semula tanah terbiar serta menebus semula tanah yang tergadai kepada
kaum Yahudi.
Pembangunan pasar Suq al-Ansar
Nabi Muhammad SAW mencadangkan agar Abdul Rahman bin Auf membangunkan
sebuah tempat berjual beli bagi membangunkan ekonomi umat Islam. Pasar Suq al-Ansar
telah didirikan dan berjaya membangunkan ekonomi umat Islam tanpa menyisihkan
pesaing mereka, iaitu orang Yahudi.
Aktiviti Tahukah Anda?
Adakan pertandingan pidato Abdul Rahman bin Auf merupakan sahabat Nabi Muhammad
berdasarkan tajuk, “Perpaduan SAW yang terkaya. Beliau banyak menyumbangkan
Ummah Teras Kejayaan Islam”. kekayaannya untuk perkembangan agama Islam.
171

