Page 4 - BUKU PENGURUSAN SMK DATO' IDRIS 2022
P. 4

Buku Pengurusan Sekolah 2022



                                KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
                                SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS,    Tel     : 05-6771169
                                PENGKALAN BHARU,                                                                Fax   : 05-6777709
                                34900 PANTAI REMIS,                                                       E-mel: aee1038@moe.edu.my
                                PERAK DARUL RIDZUAN
               ___________________________________________________________________________
                                                                         Ruj:Kami:SMKDI.100/01/01(045)
                                                                         Tarikh     : 03 JANUARI 2022

               Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana,
               SMK. Dato’ Idris, Pengkalan
               Bharu, 34900 Pantai Remis,
               Perak.

               Tuan/Puan,

               PELANTIKAN RASMI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TAHUN 2022

               Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
               2.      Dimaklumkan secara rasminya, saya selaku Pengetua SMK Dato’ Idris, Pengkalan Bharu,
                Pantai  Remis   melantik  Tuan/Puan menjalankan tugas  dan tanggungjawab seperti tersenarai
                dalam Buku Pengurusan dan Pentadbiran SMK.Dato’ Idris tahun 2022  berkuatkuasa mulai  03
                Januari 2022. Sebarang perubahan tugas dan tanggungjawab (jika ada), hanya berkuatkuasa
                setelah dimaklumkan secara bertulis.

               3.      Pihak pengurusan sekolah menyakini Tuan/Puan dapat menjalankan tugas dengan penuh
                komitmen dan ikhlas, serta mengamalkan sikap  proaktif, kreatif dan penuh integriti bagi
                meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid ke tahap cemerlang.  Tuan/Puan juga diberi
                penurunan kuasa (empowerment) mengurus dan melaksanakan  tugas dan tanggungjawab
                mengikut pekeliling-pekeliling ikhtisas  Kementerian Pendidkan  Malaysia, surat-surat siaran rasmi
                Jabatan Pendidikan Perak atau Pejabat Pendidikan Daerah Manjung dan arahan bertulis Pengetua.

               4.      Pengurusan  yang cemerlang melibatkan proses  Planning, Organizing, Leading  dan
                Controlling (P.O.L.C) dan dikemaskinikan dengan Putaran Deming PDCA (Plan, Do, Check, Act) bagi
                peningkatan kualiti kerja kita. Semua tugas dan tanggungjawab ini akan menjadi dasar penilaian
                prestasi Tuan/Puan pada akhir tahun, sama ada PBPPP untuk staf guru dan LNPT untuk staf AKP.
                InsyaAllah, dengan berkat keikhlasan dan kesungguhan melaksanakan tugas  dan amanah ini,
                diharapkan semoga visi dan misi SMKDI  akan membuahkan kejayaan, sesuai dengan sasaran
                kepimpinan sekolah pada tahun 2022 iaitu ‘MELESTARI KECEMERLANGAN’

               Sekian, terima kasih.

               ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

               Saya yang menjalankan amanah,




               (MOHAMAD AMINI BIN MAT ALI)
               Pengetua,
               SMK Dato Idris, Pengkalan Bharu.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9