Page 7 - BUKU PENGURUSAN SMK DATO' IDRIS 2022
P. 7
Buku Pengurusan Sekolah 2022
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Bermula dengan satu Kelas Peralihan dan dua kelas Tingkatan Satu, sekolah ini ditubuhkan
pada awal tahun 1965 dan dikenali sebagai Sekolah Aneka Jurusan. Sebelum didirikan di atas
tapak sekarang, kelas-kelas tersebut menumpang di SJK(C) Pei Min, Segari dan sebuah sekolah
swasta, St. Gabriel Pantai Remis. Tahun 1966 menyaksikan proses awal pembinaan sekolah
ini di tapak sekarang. Sekolah ini telah mula beroperasi dengan tenaga pengajar seramai 21
orang dan 508 orang pelajar, walaupun masih belum dibekalkan dengan kemudahan asas
seperti tenaga elektrik, air dan padang.
Sehingga tahun 1969, tingkatan tertinggi di sekolah ini hanyalah Tingkatan 3. Pelajar
yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 terpaksa bertukar ke SMK Raja Shahriman,
Beruas. Hasil usaha dan rayuan pihak ibu bapa, wujudlah kelas Tingkatan 4 yang pertama di
sekolah ini pada 5 Januari 1970.
Tahun berikutnya, sejarah telah ditempa. Tanggal 12 Ogos 1971 telah menyaksikan
pembukaan rasmi Sekolah Menengah Rendah Pengkalan Bharu. Mulai hari tersebut, sekolah
ini dikenali dengan nama Sekolah Dato’ Idris sempena nama bekas Pengarah Pelajaran Perak,
Yang Berbahagia Dato’Idris Babjee.
Sehingga kini, tahun 2017, dengan cogankata “Usaha Asas Kemajuan”, Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Idris masih tegak berdiri mengharungi arus perubahan dalam
dunia pendidikan. Semoga sekolah ini terus menempa kejayaan selaras dengan lagu rasmi
sekolah “Majulah Sekolah Dato’ Idris” yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh
warganya.

