Page 17 - buku teks f4 kssm
P. 17

BAB 1    Pengenalan kepada Biologi dan Peraturan Makmal
             4      Merancang dan menjalankan

                    penyiasatan saintifik

                  5      Membentang data


                         yang dikumpul

                       6      Menginterpretasi data
                              dan keputusan melalui
                              penaakulan saintifik
                           7       Membuat kesimpulan dan


                                   mempersembahkan laporan

               RAJAH 1.8  Langkah-langkah dalam menjalankan penyiasatan saintifik
             Setelah selesai menjalankan eksperimen, anda perlu menulis laporan untuk membuktikan bahawa
             eksperimen telah dijalankan. Jika laporan tidak dibuat, eksperimen anda tidak akan bermakna.
             Berikut ialah satu contoh laporan eksperimen.

                                  Aktiviti 2.1
              Aktiviti 1.1        Kesan aktiviti (pemboleh ubah
                                  dimanipulasikan) terhadap kadar denyutan               Eksperimen
                                  nadi murid (pemboleh ubah bergerak balas)

              Pernyataan masalah
              Bagaimanakah tahap kecergasan murid ditentukan?

              Hipotesis
              Murid yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi mempunyai
              masa pemulihan paling singkat.

              Bahan dan radas
              Jam randik

              Prosedur
                1  Ukur kadar denyutan nadi murid sebelum menjalankan aktiviti.
                2  Denyutan nadi diukur dengan meletakkan dua jari di atas
                  pergelangan tangan.                                      Mengukur kadar denyutan nadi
                3  Denyutan nadi dalam keadaan rehat diukur selama 1 minit.
                4  Murid diminta berlari setempat selama 3 minit.
                5  Selepas aktiviti dijalankan, denyutan nadi murid diukur setiap sela masa satu minit sehingga
                  denyutan nadi kembali ke tahap yang normal.
                6  Seorang murid bagi setiap kumpulan dijadikan sebagai kawalan.
                7  Catatkan keputusan di dalam jadual.
                8  Lukiskan graf kadar denyutan nadi lawan masa untuk setiap murid.




             1.4.1                                                                              15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22