Page 10 - SILANG BUDAYA PUPUK PERPADUAN HAN SI MIN
P. 10
PERSAHABATAN
Berkawan dengan semua kaum dan etnik yang mempunyai budaya yang
berlainan juga amat penting untuk mewujudkan suasana yang aman dan
harmoni. Semua lapisan masyarakat dapat mengenali kawan berlainan budaya
sama ada di sekolah ataupun di tempat kerja. Oleh itu, kita harus menghargai
dan berkawan dengan semua orang kerana ini merupakan satu keistimewaan
yang terdapat di negara kita.
Persahabatan silang budaya perlu dipupuk sejak kecil lagi bukan sahaja
dapat mempelajari budaya kaum lain tetapi juga berlaku proses
pembudayaan seperti menyambut perayaan dan makan bersama-sama
walaupun berlainan bangsa.
BERKAWAN DENGAN SEMUA ORANG TIDAK
MENGIRA BANGSA, BUDAYA DAN AGAMA.

