Page 11 - SILANG BUDAYA PUPUK PERPADUAN HAN SI MIN
P. 11
ADAT
Budaya yang terdapat dalam sesuatu adat bangsa dan agama lain boleh
diadaptasikan sekiranya tidak bercanggah dengan adat sendiri.
budaya memberi duit dengan menggunakan “angpau” asalnya merupakan
budaya kaum Cina yang kemudiannya diterima dan diamalkan oleh bangsa
lain seperti India dan Melayu dengan meletakkan duit raya dalam sampul
berwarna hijau dan ungu.
Proses silang budaya dalam perkahwinan dapat dilihat melalui
persandingan, makan beradab, tepung tawar dan berinai. Sesetengah
Orang Asli yang dikatakan masih hidup dengan cara tradisional juga
telah mempunyai adat bersanding. Oleh itu boleh dilihat bahawa proses
pembudayaan bukan sahaja berlaku antara tiga kaum utama di Malaysia
tetapi juga berlaku dalam kalangan etnik minoriti di negara kita.
PENGETAHUAN TENTANG BUDAYA ETNIK LAIN
AMAT PENTING AGAR NILAI SALING
MENGHORMATI YANG WUJUD BOLEH
MENGELAKKAAN RUSUHAN KAUM SEPERTI
PERISTIWA 13 MEI 1969.

