Page 5 - Draft 1 BUKU PROGRAM MPPB
P. 5

Bicara Kata














       Oleh
       Dr. Hajah Rosnarizah binti Abdul Halim
       Pengarah
       Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
       Kementerian Pendidikan Malaysia




       Bismillahirahmannirahim
       Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


       Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
       dengan limpah dan izin kurniaNya jua dapat kita bersama-sama menjayakan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu
       (MPPB) Sesi 2022/2023. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di
       Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada
       kesinambungan kecemerlangan serta mewujudkan pelajar yang matang dan maju dengan keyakinan terhadap diri
       sendiri serta gagah menghadapi pelbagai cabaran dalam millenium baharu.

       Kemasukan pelajar baharu pada sesi ini dilihat telah kembali seperti tahun sebelum pandemik di mana kita sekarang
       berada dalam fasa endemik dan ini adalah satu perubahan yang baik di mana sistem pendidikan kita akan kembali
       seperti sedia kala. Walau bagimanapun, persiapan rapi oleh pihak KPM dan Bahagian Matrikulasi telah diatur dengan
       menetapkan SOP yang bersesuaian bagi memastikan kelangsungan pembelajaran pelajar di semua Kolej Matrikulasi
       pada sesi ini berjalan dengan lancar.

       Realitinya, kita sedang melalui fasa endemik di mana kita perlu siap siaga dengan apa jua perubahan di luar jangkaan.
       Garis panduan yang ditetapkan juga perlu dipatuhi sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat. Pelajar, pensyarah,
       ibubapa, kakitangan sokongan dan masyarakat tempatan perlu sama-sama memainkan peranan masing-masing demi
       memastikan keselamatan diri dan organisasi terjamin. Walau bagaimanapun, kita harus memastikan akses terhadap
       pendidikan tidak terhenti begitu sahaja. Carilah peluang dan ruang untuk menerokai ilmu pengetahuan secara
       langsung atau tidak langsung. Ini kerana menerokai ilmu adalah pengembaraan sepanjang hayat yang boleh
       diperolehi dari pelbagai bentuk dan sumber.

       Dengan ini, saya menyeru para pelajar, pensyarah dan ibu bapa untuk bersama-sama mengorak langkah mendidik
       generasi baharu yang mendambakan ilmu pengetahuan selagi mana kita masih menikmati kehidupan di dunia ini.
       Seseorang yang berniat ikhlas untuk mendapatkan ilmu, akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu
       tersebut dan juga berusaha menerokai ilmu baharu.
       Pengajaran konvensional secara bersemuka dilihat akan kembali ke dalam dunia pendidikan bermula pada tahun ini
       dan saya percaya seluruh warga pendidik dan pelajar Kolej Matrikulasi berasa amat gembira serta berpeluang untuk
       meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan penerokaan platform digital yang telah diguna pakai
       sejak dua tahun lalu. Adalah diharapkan menerusi proses pembelajaran yang baik dan sihat di Kolej Matrikulasi,
       kelangsungan pelajar memperolehi kejayaan dapat dikecapi demi pembangunan bangsa, agama dan negara yang
       tercinta. Gunakan kesempatan ini untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dalam bidang pengkhususan masing-masing
       bagi melengkapkan diri serta bertoleransi dalam perbezaan.
       Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu Program Matrikulasi KPM sesi
       2022/2023. Tetapkan tekad dan gandakan usaha, semoga impian anak pelajar untuk berjaya ke menara gading, dan
       memperoleh segulung ijazah akan tercapai. Jadilah permata yang bernilai untuk agama, bangsa dan negara.
       Wassalam.
       Dr.Hjh. Rosnarizah binti Abdul Halim
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10