Page 10 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 10

“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “








                                         BICARA MINDA
                                         GPK PENTADBIRAN SK HUJUNG BANDAR





               Alhamdulillah, mengiringi sesi persekolahan 2022 / 2023, bersyukur kita atas segala nikmat
               serta inayahNya untuk kita meneruskan lagi agenda pendidikan dan memenuhi amanah

               yang diberi. Semoga kita terus diberikan keikhlasan jiwa, kekuatan mental dan fizikal dalam
               mengharungi pelbagai cabaran dan tuntutan. Sebagai orang yang diberi amanah kita
               perlu pastikan dasar dan setiap ketetapan ditentukan Kementerian Pendidikan akan kita

               laksanakan sebaik mungkin dan berusaha memenuhi hasrat pelanggan dan kementerian.

                              Justeru,  segala  program  yang  dirancang  perlu  selaras  dengan  dasar  Pelan
               Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013-2025  perlu  dijalankan  sebaik  mungkin.

               Kejayaan yang dicapai selama ini membuktikan bahawa kesungguhan dan komitmen akan
               menghasilkan kecemerlangan. Semoga sesi persekolahan 2022 / 2023 ini menjanjikan sesuatu
               yang lebih baik dan bermakna. Segala kekurangan dan kelemahan perlu dibaiki dan diatasi

               dalam  merealisasikan  hala  tuju  sekolah  iaitu  “SKHB  akan  mencapai  Peningkatan
               Kemenjadian  Murid  secara Holistik   dan Sekolah Berkualiti   pada Tahun 2023”.
               Sekian.



               Juliana binti Ismail

               GPK Pentadbiran SK Hujung Bandar














                                                                8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15