Page 9 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 9
“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “
Titipan aluan
drp Pn. Guru Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam SKHB Hebat.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan
hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah
dengan gagah bagi merealisasikan hala tuju sekolah iaitu “SKHB akan mencapai
Peningkatan Kemenjadian Murid secara Holistik dan Sekolah Berkualiti
pada Tahun 2023”.
Sebagai pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah
berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan
penuh tanggungjawab bekerja sebagai pasukan yang kuat dan padu bagi
meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah
bersatu untuk bersama menuju kecemerlangan dengan tagline sekolah
“SMART Towards Success” .
Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah
dengan semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu. Harapan
saya, semoga tahun 2022M/1443H SK Hujung Bandar akan terus
menghasilkan sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran
serta tinggi sahsiahnya disamping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan
InsyaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat
memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.
“Saya bukanlah orang yang hebat tetapi saya mahu belajar dari orang yang hebat,
saya adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar biasa dan
saya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan jadi orang yang istimewa jika gigih berusaha"
NOOR AZURA BT. MOHAMMED AZIT
Guru Besar,
SK Hujung Bandar
7

