Page 28 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 28

“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “












                Kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar berjanji dan
                berikrar akan :

                       Menyediakan pengurusan yang berkualiti kepada warga SKHB pada
                       setiap masa;

                       Meningkatkan pencapaian cemerlang dalam UPSR dan Pentaksiran
                       Bilik Darjah (PBD)

                       Memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang
                       berkualiti dan berkesan;

                       Membentuk peribadi murid yang bersahsiah, serta patuh pada ajaran
                       agama dan norma-norma hidup;

                       Memberi peluang dan ruang secukupnya kepada setiap murid
                       memperkembangkan minat, bakat, kepimpinan dan potensi diri
                       dalam semua bidang;

                       Mengambil tindakan serta-merta, adil dan rasional terhadap masalah
                       setiap murid sesuai dengan fitrah manusia;

                       Memberi perkhidmatan yang cekap, penyayang dan mesra kepada
                       ibu bapa dan semua pihak yang berurusan dengan sekolah;

                       Berusaha menyediakan kemudahan prasarana yang kondusif dan
                          selamat;

                       Memberi jawapan kepada surat atau bertindak segera kepada
                       arahan PPD, JPN dan KPM dalam tempoh yang ditetapkan;

                       Berusaha menjadikan sekolah ini sebagai sekolah kebanggaan
                          masyarakat.











                                                               26
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33