Page 29 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 29
“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
1.Akses
Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang
pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian
berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat
prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
2. Kualiti
Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan
keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan
antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam
kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS
dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan,
Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain
yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan
dan diterima di peringkat antarabangsa.
3. Ekuiti
Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap
kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang
sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara
murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender
sehingga 50% menjelang 2020.
4. Perpaduan
Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada
masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar
belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan
menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan
aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu
sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan
aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
5. Kecekapan
Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan
keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam
sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian
berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
27

