Page 4 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 4
“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “
Ruj. Kami : SKHB 100/03/4/2
Tarikh : 15 MAC 2022
Kepada:
Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar,
08200 Sik,
KEDAH DARUL AMAN.
Tuan,
LANTIKAN RASMI SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA DALAM BIDANG DAN UNIT-UNIT TAHUN 2022 / 2023
1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
2. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
3. PENGURUSAN KOKURIKULUM
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan secara rasminya , saya selaku Guru Besar SK Hujung Bandar dengan ini melantik tuan/puan
menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti tersenarai dalam “Buku Pengurusan & Takwim 2022 / 2023. Sebarang
perubahan (jika ada) hanya berkuatkuasa setelah dimaklumkan secara bertulis.
3. Pihak pengurusan dan pentadbiran meyakini tuan/puan dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan
bertanggungjawab serta mengamalkan sikap proaktif, inovatif dan kreatif bagi meningkatkan profesionalisme keguruan ke
tahap yang cemerlang.Tuan/puan juga diberikan kuasa (empowerment) mengurus dan melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mengikut pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,
Pejabat Pendidikan Daerah Sik dan sekolah.
4. Tarikh kuat kuasa lantikan ini mulai 15 MAC 2022 hingga 16 FEBRUARI 2023.
5. Tuan/Puan dengan ini diarahkan menjalankan tugas seperti lantikan untuk memastikan segala program dan aktiviti yang
telah dan akan dirancangkan sepanjang sesi 2022 / 2023 dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berintegriti.
6. Semoga lantikan dan amanah ini dapat dijalankan dengan komitmen serta iltizam yang tinggi untuk membina
kecemerlangan dalam pengurusan Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”
Saya yang menjalankan amanah,
.................................................
(NOOR AZURA BINTI MOHAMMED AZIT)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar, s.k. 1. Fail Sekolah
08200 Sik, 2. PPD Sik
Kedah Darul Aman
2

