Page 134 - MPS2021
P. 134
SMK LKTP JENGKA 2
26430 BANDAR JENGKA,PAHANG Manual Pengurusan Sekolah 2021
3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
3.3.1 KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID
1. e -KEHADIRAN ( APDM )
Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (Januari) tahun
semasa.
Menandakan kehadiran murid pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 8.00 pagi.
Murid yang hadir lewat dan murid yang mewakili sekolah dalam acara rasmi di luar sekolah dikira
hadir
Sila pastikan catatan e-Kehadiran adalah tepat dalam APDM yang dikunci masuk sebelum jam 9.00
setiap pagi. Murid yang tidak hadir tanpa sebab, akan dikenakan tindakan disiplin pada hari beri-
kutnya
Data kehadiran bulanan e– kehadiran mestilah dicetak pada setiap akhir bulan dan dimasukkan ke
dalam fail yang telah disediakan di bilik HEM.
2. MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (BWN)
Murid “ Bukan Warga Negara “ ( BWN ) wajib membayar Yuran Sekolah sebanyak RM 35.50 dan
Yuran Warga Asing sebanyak RM240.00 bagi sekolah menengah setiap tahun sebelum didaftar se-
bagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap murid BWN juga
dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah.
Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah – surat kebenaran sekolah bagi bukan warga
3. FAIL PERIBADI MURID
Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.
Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama fail.
Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan
Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PT3, SPM) disim-
pan dalam fail ini.
Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Kesihatan .
Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau
bertukar sekolah.
Semua fail perlu disimpan dalam cabinet berlabel di Pejabat / bilik Bimbingan & Kaunseling
Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi me-
maklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang
sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini.
Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh PK HEM atau SU Rekod Pendaftaran dan Fail
Persononalia Pelajar mengikut Senarai Semak yang ditetapkan.
4. PENDAFTARAN MURID BARU
Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM setelah dipastikan Status kewarganegaraan te-
lah dikenal pasti.
PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang APDM) dilengkapkan oleh ibu
bapa/penjaga pada masa tu juga. Jika murid membawa bersama APDM dari sekolah asal, sila pasti-
kan maklumat adalah lengkap dan terkini.
134

