Page 136 - MPS2021
P. 136

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021



                        Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:

                              1.  Papan Kenyataan Kelas (hadapan) yang mempamerkan
                                                      i.  Carta Organisasi Kelas
                                            ii. Jadual Waktu
                                                   iii. Jadual Bertugas Kelas
                                                    iv. Visi, Misi dan Motto Sekolah
                                                     v. Tagline kelas
                                        2.Pelan kedudukan kelas ditampal di atas meja Guru
                                        3. Inventori Kelas ditampal pada pintu hadapan kelas
                                        4. Papan kenyataan lain dipenuhkan dengan pameran hasil kerja murid semasa, maklumat
                                               Mata Pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa. Sebarang bentuk media bermaklumat amat
                                               digalakkan.
                                       5. Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk
                                                       sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang
                                                       dikhaskan dan berlabel.
                             6. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan pada pintu hadapan
                                                 dan pintu belakang kelas.
                                       7. Sudut NILAM hendaklah disediakan di tempat khas dan berlabel.
                                       8. Penjuru kanan atas papan tulis mesti dicatatkan maklumat tarik, hari dan bilangan murid hadir.
                                       9. Penjuru kiri atas dikhaskan untuk maklumat PdP; Objektif Pembelajaran (LO) dan Kriteria
                                               Kejayaan (SC) iaitu piawai PdP Abad 21 (PAK21)

                        Guru Kelas hendaklah memastikan;
                              1. Semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri
                              2. disusun mengikut susunan kelas Abad 21
              .              3. Perabot yang telah rosak hendaklah dibawa keluar untuk disimpan dalam stor pelupusan
                                               peralatan sekolah.

                         Kebersihan dan Keceriaan kelas:
                              1. AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari
                                        persekolahan.
                             2. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas
                                        sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru
                                        dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
                              3. AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja
                                        murid dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
                              4. Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan
                                        meja dalam keadaan kemas dan teratur.
                              5. Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum
                                        meninggalkan kelas.
                              6. Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.
                              7. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
                                        tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang
                                        atau rosak.
                              8. Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
                                     i.   Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya
                                                       dalkeadaan baik dan selamat digunakan.
                                      ii.   Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
                                                               iii.  Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.













                                                                                                               136
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141