Page 69 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 69

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SESI 2022-2023                                            UNIT HAL EHWAL MURID

             DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID
             Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bertangungjawab dalam pengurusan, perancangan, pengelolaan dan penyeliaan perkhidmatan
             sokongan kebajikan murid di peringkat sekolah.

             A.  Mesyuarat
                 1.  Mesyuarat jawatankuasa induk dan semua unit perlu dirancang dan dilaksanakan sebanyak empat (4) kali setahun.
                 2.  Minit mesyuarat perlu disediakan dan dihantar dalam tempoh (7) tujuh hari bekerja selepas mesyuarat mengikut
                     format SPSK VOLUME 5 (terkini).

                 3.  Tugas Setiausaha Setiap Jawatankuasa
                     3.1  Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa INDUK HEM Sekolah.
                     3.2  Menyediakan perancangan strategik bagi setiap unit.
                     3.3  Memastikan semua program berjalan dengan lancar mengikut perancangan di bawah unit masing-masing.
                     3.4  Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan maklum balas mesyuarat dan mengemaskini fail unit.
                     3.5  Menyelia dan mengumpul laporan bulanan dan aktiviti HEM supaya lancar dan sempurna.

             B.  Program
                    Program yang dilaksanakan perlu dirangka, dibincangkan dan disusun sebelum program dilaksanakan.
                    Kertas kerja perlu disemak oleh GPK HEM dan diluluskan oleh Guru Besar.
                    Dokumentasi yang dibuat mestilah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan kulit hadapan bagi
                    setiap laporan berwarna unggu.
                    Perkara yang perlu ada dalam setiap dokumentasi adalah:
                          Laporan program
                          Gambar
                          Buku program/pamplet/tentatif
                          Kertas Kerja (jika ada)
                    Dokumentasi perlu dibuat dalam tiga (2) salinan: 1 salinan akan disimpan di pejabat dan satu (1) salinan akan
                    disimpan untuk fail unit.
                    Program HEM yang dijalankan perlu dibuat Laporan/Dokumentasi lengkap bertanda tangan dan dihantar seminggu
                    selepas dijalankan.

             C.  Sistem Pendaftaran Pelajar
                    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut:
                    Pendaftaran di kelas dengan mengisi borang maklumat murid
                    Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga
                    Memasukkan data murid ke dalan buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem pengurusan sekolah bahagian
                    pengurusan murid sebelum akhir bulan februari.

             D.  Penguatkuasaan Peraturan Sekolah
                    Semua murid perlu memiliki buku peraturan sekolah
                    Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
                    Membuat perlantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga tahun enam
                    Semua pengawas yang dilantik perlu memalui proses berikut:
                      a)  Pencalonan oleh guru kelas
                      b)  Kursus pelaksanaan tugas dan tanggungjawab
                      c)  Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari
                      d)  Majlis watikah perlantikan
                    Mengadakan program khas atau sesi kaunseling kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan

             E.  Pelaksanaan Program-Program 3K
                    Memastikan pelaksanaan rancangan makanan tambahan (RMT) dan Tambahan Menu Susu  (TMS) menepati
                    sasaran dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut:
                      a)  Bilangan murid yang terlibat tepat
                      b)  Pemilihan murid yang tepat
                      c)  Penyediaan menu yang berkhasiat




           SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA                      70           SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74