Page 70 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 70
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SESI 2022-2023 UNIT HAL EHWAL MURID
Memastikan murid menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut:
a) Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera
b) Berinteraksi dengan kawan-kawan
c) Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya
Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala dan menyimpan rekod-rekod yang berkaitan seperti:
a) Pemeriksaan mata
b) Pemeriksaan gigi
c) Pemeriksaan kuku dan rambut
d) Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri
Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih
a) Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan
b) Jenis-jenis jualan dikantin adalah berkhasiat dan berkualiti
c) Penyediaan makanan adalah sev\cara masak sendiri
d) Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan
Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut:
a) Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
b) Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
c) Kempen tidak membuang sampah merata-rata
F. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru
1. Kehadiran Online(APDM)
Semua guru Matapelajaran bagi masa pertama dan kedua bertanggungjawab melaporkan bilangan kehadiran
murid di kelas yang diajar melalui aplikasi Whats App.
Semua guru kelas bertanggungjawab mengemaskini e-kehadiran melalui sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid
(APDM) sebelum pukul 10.00 pagi setiap hari.
E-kehadiran perlu disemak dan disahkan pada hari akhir setiap bulan sebelum dicetak.
Cetakan laporan bulanan hendaklah dihantar kepada PK HEM untuk disemak dan direkodkan.
2. Perhimpunan Rasmi Dan Bertugas Mingguan
Perhimpunan pada setiap hari Isnin (7.40 pagi)
Waktu rutin pagi 7.20 pagi
Guru Pengawas menyediakan barisan pengawas yang akan bertugas untuk mengetuai nyanyian lagu Negaraku,
lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah, bacaan doa dan lafaz ikrar rukun negara
Guru bertugas mingguan perlu datang seawal 7.00 pagi sepanjang minggu bertugas.
Guru bertugas perlu memastikan murid-murid menunggu di dalam pagar sekolah selepas jam 1.00 petang @
1.30 petang.
Guru bertugas (Pentadbir, Kaunselor dan Guru Disiplin amat digalakkan) perlu berada di pagar bagi mengalu-
alukan kedatangan murid setiap hari.
Guru bertugas bertanggungjawab atas keselamatan murid-murid semasa waktu pulang. Maklumkan dengan
segera andai ada keadaan yang mencurigakan berlaku.
Guru bertugas perlu menulis laporan perhimpunan hari Isnin dan laporan bertugas setiap hari serta menghantar
buku laporan bertugas pada hari Jumaat kepada GPK HEM
3. Fail-Fail Peribadi Murid
Semua murid berdaftar di sekolah SK Taman Pantai Sepang Putra wajib mempunyai fail peribadi
Memastikan semua maklumat yang diperlukan berada di dalam fail peribadi
Fail ini hendaklah disimpan di bilik fail dan diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan
persekolahan atau bertukar sekolah.
Semua dokumen yang perlu dilampirkan hendaklah dibuat pengesahan terlebih dahulu.
4. Jawatankuasa Bantuan dan KebajikanSekolah (BKS)
Guru kelas bertanggungjawab mengisi semua data murid dengan lengkap di APDM dan sentiasa kemas kini
data bagi memudahkan urusan RMT/KWAMP/ANAK YATIM/ASNAF/BAP
Menguruskan hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus kemalangan, rawatan berterusan,
SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA 71 SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN

