Page 75 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 75
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SESI 2022-2023 UNIT HAL EHWAL MURID
BIDANG TUGAS UNIT LEMBAGA DISIPLIN
1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian
dan Jabatan Pelajaran.
2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.
3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.
4. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
5. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh guru besar.
6. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/Jabatan Pelajaran dan PPD.
7. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid.
8. Memberi perhatian terhadap peraturan-peraturan sekolah dan memastikan murid-murid mematuhinya.
9. Memastikan peraturan sekolah dan gambarajah tentang pakaian dan potongan rambut murid dipaparkan di tiap-
tiap kelas atau sudut-sudut tertentu.
10. Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit disiplin
11. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa
BIDANG TUGAS UNIT BADAN PENGAWAS
1. Menyediakan senarai tugas senarai tugas pengawas dan jadual bertugas pengawas.
2. Memastikan semua pengawas menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual bertugas yang ditetapkan.
3. Menguruskan perlantikan para pengawas sekolah melalui temuduga para pelajar terpilih yang dicalonkan oleh
para guru.
4. Menguruskan Kem Kepimpinan Pengawas
5. Mengadakan mesyuarat lembaga pengawas sekolah sekurang-kurangnya 3 kali setahun
6. Merancang dan menyediakan skop dan bidang tugas pengawas
7. Menyediakan laporan tahunan lembaga pengawas
8. Memastikan semua pengawas berada dalam tahap disiplin yang tinggi juga sentiasa kemas berbudi bahasa dan
sentiasa membantu guru
9. Menyediakan jadual tugas pengawasan bagi kelas sekiranya guru bermesyuarat
10. Menyediakan skop tugas kepada pengawas yang menjadi penyambut tetamu, penunjuk arah jika skolah
menerima tetamu luar untuk program-program yang berjalan di sekolah
11. Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit pengawas
12. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa
SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA 76 SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN

