Page 13 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK KULAI KE-45
P. 13
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
KALI KE-44 SESI 2020/2021
Tarikh : 19 Januari 2020
Hari : Ahad
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Raya Kulai
Kehadiran : 148 orang
AGENDA MESYUARAT
1 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG. ( EN. ZAMRI B SAPUAN)
1.1 Ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi
menghadirkan diri ke mesyuarat pada kali ini.
1.2 Memohon kerjasama daripada ibu bapa supaya mesyuarat
pada kali ini berjalan lancar.
1.3 Meminta ibu bapa memilih barisan AJK yang boleh memberikan
kerjasama yang baik dalam memastikan program yang dijalankan
pihak sekolah dapat dilaksanakan dengan baik.
1.4 Mengharapkan ibu bapa dapat memberikan kerjasama dan
berkhidmat kepada sekolah bagi memastikan kecemerlangan
anak-anak di sekolah ini.
2 PERBENTANGAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PIBG
KALI KE-43.
2.1. Minit mesyuarat Agung kali ke-43 dibentangkan oleh En
Muhammad Fazley bin Yahaya (Setiausaha PIBG 2019/2020).
Cadangan : En. Ehwanuddin bin Moslim
Sokongan : Pn Ruziah Binti Yamin
13 Tindakan : Setiausaha PIBG

