Page 17 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK KULAI KE-45
P. 17
USUL 1 ( EN.KHAIRUL AMRI BIN MOHAMAD)
Mencadangkan penyusunan semula parking untuk van sekolah.
- Pn Rosmayati Binti Hassan (Guru Besar SK Kulai) menyatakan
tempat dan kawasan agak terhad dan ibubapa diminta untuk
mengosongkan kawasan pondok menunggu van.
- En Mohd Zamri bin Sapuan (YDP PIBG) meminta ibubapa untuk
mengambil kira faktor keselamatan anak-anak bersama.
Makluman
USUL 2 ( EN.RAMADHAN BIN ABDUL MAHAD)
Beliau menyatakan beg murid berat dan memandangkan cuaca
yang panas,beliau mencadangkan sekolah menyediakan peti
simpanan buku (locker).
- Pn Rosmayati Binti Hassan (Guru Besar SK Kulai)
menyatakan,memandangkan sekolah Sk Kulai merupakan sekolah
dua sesi,peti simpanan buku (locker tidak dapat disediakan dan
keselamatan buku yang disimpan juga tidak terjamin.
Makluman
USUL 3 ( PN NUR’ASHIKIN BINTI YUSOFF)
Beliau mencadangkan sumbangan 1 rim kertas A4 untuk sekolah (1
keluarga,1 rim Kertas A4)
- Cadangan telah dipersetujui sebulat suara.
9 HAL-HAL LAIN
9.1 En Mohd Zamri bin Sapuan (YDP PIBG) membincangkan jumlah
sumbangan PIBG dapat dikekalkan RM50.00 setahun untuk( satu
keluarga) dan Dana Pembangunan RM10 (setiap murid) bagi tahun
2020. En. Muhammad Fazley Bin Yahaya mencadangkan jumlah
sumbangan dikekalkan.Mesyuarat sebulat suara bersetuju dan tiada
bantahan.
17

