Page 3 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK KULAI KE-45
P. 3

Bismillahirrahmanirrahim.

          Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


                 Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
          kepada Yang di-Pertua PIBG, En. Mohd Zamri bin Sapuan, Naib Yang di-
          Pertua PIBG, En Aminuddin bin Hamid, semua AJK PIBG, guru-guru serta ibu
          bapa yang telah memberi kerjasama dan komitmen kepada pihak
          sekolah.


                 Jutaan terima kasih juga saya ucapkan atas usul dan cadangan
          yang telah dikemukakan. Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya
          mencari alternatif dan jalan penyelesaian untuk mengatasi dan
          memperbaiki mana-mana kelemahan dan kekurangan demi kemajuan
          serta keselesaan semua pihak terutama anak-anak SK Kulai.

                 Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting terutama dalam
          bidang akademik dan kokurikulum murid-murid. Dalam usaha mendukung
          cita-cita bagi merealisasikan wawasan negara,faktor pemuafakatandan
          perpaduan amat dititikberatkan kerana ia merupakan kunci utama bagi
          mewujudkan persekitaran sosial yang aman dan harmonis.

                 Justeru, sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam menjayakan
          setiap program sekolah. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharap dapat
          memberi kesan yang positif dan memberi faedah yang besar kepada
          masa depan murid-murid. Semoga anak-anak didik Sekolah Kebangsaan
          Kulai bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang dengan adanya
          permuafakatan antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.


                 Akhir kata, saya amat berharap kerjasama antara dua pihak terjalin
          erat dan sentiasa sepakat demi kecemerlangan anak-anak murid di
          seolah ini. Semoga Sekolah Kebangsaan Kulai terus unggul dan cemerlang
          dalam semua aspek. Sekian, terima kasih.




          Salam hormat,





          ( PN ROSMAYATI BINTI HASSAN)
           Guru Besar,

           SK Kulai.                                  3
   1   2   3   4   5   6   7   8